Sunday, December 23, 2007

Loq & Milla's Engagement (22/12/07)


More pics here.

Friday, December 21, 2007

Selamat Pengantin Baru Jasfiq


More pics here.

Saturday, November 17, 2007

PREBET FRIDAY FUTSAL

Sunday, November 04, 2007

Thursday, November 01, 2007

Wednesday, October 10, 2007

raya

Apakah perkara yang paling menggembirakan kalian tatkala tibanya raya, khususnya raya gaya Malaysia? Adakah saat menggayakan pakaian baru? Ataupun, peluang merasai ketupat serta lemang bersama rendang? Masa mengira duit raya (sama ada yang diterima ataupun untuk diberikan)? Mungkin juga peluang menyaksikan filem-filem melayu terbaru di kaca televisyen. Untuk penjelasan, raya gaya Malaysia, menurut pemerhatian sendiri dan perkhabaran orang lain, amat berbeza berbanding tempat lain. Ini adalah kerana, umat Islam lain lebih merayakan bulan Ramadhan itu sendiri, dan cuma merayakan Syawal pada 1 Syawal sahaja. Gaya Malaysia adalah puasa sebulan, raya pun kena sebulan juga.

Bagi aku yang paling menggembirakan adalah peluang untuk bersama saudara mara serta sahabat handai. Dengan adanya raya gaya Malaysia(raya sebulan), peluang sebegitu akan lebih terbuka. Lebih banyak peluang melawat, lebih banyak masa beramah mesra. Tanpa raya sebegini apakah wujud waktu lain untuk saling kunjung-mengunjungi. Kalau adapun tidaklah meluas. Kalian sendiri boleh bezakan berapa ramai yang kalian jumpa pada waktu raya dan pada waktu bukan raya.

Pada kesempatan ini aku ingin ucapkan salam aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini. Maaf zahir (mungkin terterjah ketika bermain bola sepak) dan batin (mesti ada terkutuk belakang).

Saturday, August 11, 2007

assalamualaikum.

kepada member2 pc 99/00 sekalian.

sebagai usaha utk beramah mesra la org kata, kita akan mulakan balik fantasy football(yahoo nye)

Group ID#
20132
Group Name
MRSMPC9900
Group Password
12345
sebarkan maklumat kat org lain..

Sunday, August 05, 2007

update lg pasal wedding

assalamualaikum.

mcm mana yg dh dibgtau beberapa minggu lepas, kali ni ada tambahan maklumat dpd saudara Meso kita ni.

Meso akan berangkat pulang ke Malaysia beberapa hari lg. so, ada sedikit info tinggal kat sini so kalo xleh kontek dia ke bole guna info kat sini

Info utk sebelah Kuantan(Zai),
(19/8/07) add: 3/571, Kg. Sungai Karang Darat, 26100 Kuantan , Pahang
aturcara majlis: 1130 - 4.30 ptg




Utk sebelah kelantan(Meso),
Lot 2949, Kg. Bharu Pasir Pekan, 16250, wakaf Bharu Kelantan
aturcara:
12pm - 6.00 ptg
no tepon(rumah): 09-7195016


sekadar tambahan,SEMUA DIJEMPUT HADIR WALAUPUN TAK DAPAT KAD JEMPUTAN.bkn selalu dua2 dak PC kawen ye dak? jgn lupa amek gambar okes.

sekian,
assalamualaikum

Wednesday, August 01, 2007

Muiz Muhaimin

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Ada lagi berita baik! Pok Ro nyer bini lak beranak! Tapi aku tak pasti tarikh lahir dia bila sebab aku tak dapat nak call Pok Ro. Aku cuba nombor yang aku ada tak dapat-dapat, tak tahu ah kut kut kalau Pok Ro tukar nombor ke. Tapi ni nama anak dia:

Muiz Muhaimin bin Mohamad Zarulhafiz

Seperti biasa, kalau nak tengok gambar, silalah ke Friendster Pok Ro.

jap jap, tetiba dapat pulak update dari sahabat PC kita, Che Nor Shazana kelas H yang kahwin harituh kan, dah beranak jugak. Anak dia lahir 23.7.2007. Wah! Semakin ramai anak anak budak batch kita. Meriah, serius meriah!

Marilah kita sama-sama berdoa semoga anak-anak muda ini dapat dibesarkan di jalan yang diredhai Allah SWT. Amin.

Allah SWT Maha Mengetahui.

Monday, July 30, 2007

Ahmad Syahid

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Pada 26.07.2007, pasangan bahagia Razman dan Adila telah dikurniakan cahaya mata lelaki (pergh, gempak gila ayat aku) yang bernama Ahmad Syahid. Untuk gambar, silalah ke Friendster Adila.

Allah SWT Maha Mengetahui.

Tuesday, July 24, 2007

pengumuman

assalamualaikum kengkawan pc sume

sekadar membantu meso menyebarkan berita baik ni.

Kami , Syamsul Bahari Shuib dan
Zaihasnie Zainuddin ingin menjemput
semua sahabat handai serta kenalan yang
disayangi sekalian ke Majlis Perkahwinan
kami pada..

tarikh: 19/8/2007
tempat: Kuantan
&
tarikh: 22/8/2007
tempat: Kota Bharu

semoga dgn kehadiran anda semua dpt lg
memeriahkan serta bertambah keberkatan
dlm majlis kami nnt...

hubungi MESO ( sayemeso@hotmail.com) @
ZAI ( 012-6137697)
utk urusan kad jemputan

ada apa2 kontek meso aa. kontek details mcm kat atas. Dua2 dak pc weh.best2! upload gambar nanti okeh sapa yg pegi

assalamualaikum

Monday, June 18, 2007

Berita baik bagi kita semua

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Di sini ada satu berita yang baik lagi menggembirakan untuk kita semua: Neeza (isteri Johan) dah mengandung 5 minggu!

Marilah kita sama-sama mendoakan supaya bayi itu dapat selamat dilahirkan di muka bumi ini dan dibesarkan di jalan yang benar.

Amin.

Entri ini disokong oleh Johan dan Neeza.

Allah Maha Mengetahui.

Monday, June 11, 2007

Dokumentari Isham

Aku dapat SMS ni from Isham tempoh hari...
Tayangan video kelas dokumentari aku 15 - 18 Jun (minggu depan). Aku punya 16 & 18 Jun. Mula jam 8.30 mlm. Tmpt di ASWARA (www.aswara.edu.my)
Aku ngan Mr. B pegi kut. Tapi tak tau lagi hari mana. Yang 18hb kut pasal 16 ni ada futsal kat Bangi 8 - 10pm, aku dah book; sila datang. Terima kasih.

Thursday, May 31, 2007

MARA lah, bukan Mara.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Artikel nih Jasfiq tunjukkan kat aku. Nih aku copy paste kat Prebet sebab Berita Harian tak simpan lama artikel kat internet. Bangga giler member aku masuk paper.



Bekas pelajar Mara digesa jangan mudah lupa diri

Oleh Mohd Azis Ngah

Kejayaan dalam pendidikan, kerjaya perlu dimanfaatkan untuk negara


KUALA LUMPUR: Bekas pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) diingatkan tidak mudah lupa diri selepas berjaya dalam pengajian dan mendapat pekerjaan, sebaliknya perlu menyumbang kepakaran kepada pembangunan negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pelajar Mara hasil dasar membantu Bumiputera yang diamalkan kerajaan sejak sekian lama.

Sehubungan itu, katanya, mereka jangan mudah lupa asal usul serta jasa kerajaan membantu mereka dalam bidang pengajian di luar dan dalam negara.

“Mereka kena sumbangkan sesuatu kepada negara, inilah masanya untuk membalas jasa kepada negara kerana kerajaan sudah banyak melabur demi masa depan generasi muda,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Tajaan Mara 2007, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam tadi.

Turut hadir, Setiausaha Parlimen Kementerian, Datuk Samsu Baharum Ab Rahman; Pengerusi Mara, Brig Jen Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin dan Ketua Pengarah Mara, Datuk Nam Marthinin.

Mohamed Khaled turut menyampaikan sumbangan kepada 149 daripada 190 pelajar yang mendapat anugerah pelajar cemerlang.

Daripada jumlah itu, 76 mengikuti pengajian di luar negara, Institusi Pendidikan Mara (24 orang), institut pengajian tinggi swasta (IPTS) (90 orang) dan bakinya di IPT awam (IPTA).

Mohd Hafiz Ab Hamid, pelajar jurusan Sains Aktuari dari Universiti Purdue, Amerika Syarikat dipilih pelajar terbaik keseluruhan selepas mencatatkan keputusan CGPA 4.0.

Sementara itu, mengulas tindakan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengarahkan perkhidmatan van di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dihentikan serta-merta kerana tiada permit, katanya, LPKP dan pengurusan kompleks itu perlu mencari pendekatan sesuai menangani isu kekurangan pengangkutan awam di kompleks itu.

“Ia termasuk mengkaji keperluan menggunakan perkhidmatan van shuttle dan kesannya terhadap sistem pengangkutan lain terutama teksi dan bas RapidKL,” katanya.

Beliau berkata, ia perlu dikaji secara menyeluruh kerana pihaknya ada menerima aduan mengenai kekurangan perkhidmatan awam di situ.

Katanya, jika LPKP membenarkan van shuttle beroperasi di kawasan kompleks, agensi itu perlu melihat kesannya terhadap nasib pemandu teksi dan perkhidmatan lain.


Allah Maha Mengetahui.

Monday, May 21, 2007

Kahwinnya seorang Ammar

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Aku harituh ada berbual ngan rakan aku. Katanya Ammar kelas Ammar dah kahwin. Wah, baguslah Ammar dah kahwin! Tapi tadi aku baru lepas pergi www.mrsmpc9900.com aku nampak Ammar ada tulis nih:

akum guys.. Insyallah aku kawin 26 mei 2007 kat JB. suma membe jemput la dtg. anta alamat ke no. 017 775 1490 k. doa2 la skit. dtg jgn tgn kosong lak, aku halau je. heh. thanks guy. Btw tunang aku Nadia Zulkefly Tan,umo 3 taun muda, keje kat sime darby P.Gudang ngan aku gak


Aku tengah tulis entri nih hari Isnin, 21 Mei 2007. Jadi, Ammar tak kahwin lah lagi kan? Maka dengan itu, sempatlah kita semua untuk menghadiri majlis perkahwinan Ammar. Marilah kawan-kawan kita menghadiri majlis perkahwinan Ammar dan bergambar bersama pengantin. Bolehlah gambar itu dikongsi bersama rakan-rakan kita semua.

Allah SWT Maha Mengetahui.

Tuesday, May 01, 2007

Noor Adnin nak kahwin.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Pada menjelang 31.5.2007 ini, Noor Adnin Ab Aziz (Jahiz) akan kahwin. Beliau sedang menghantar jemputan kahwin kepada rakan-rakan beliau tetapi maklumlah di zaman dunia yang penuh kesibukan ini, mungkin ada rakan-rakan beliau yang tidak mudah dihubungi akibat ketiadaan maklumat perhubungan. Maka dengan itu, bagi mereka yang ingin menghadiri majlis perkahwinan Noor Adnin Ab Aziz, silalah menghubungi beliau untuk mendapatkan jemputan rasmi dari beliau.

Sekian, harap maklum.

Allah SWT Maha Mengetahui.

Friday, March 02, 2007

Nuremberg bersama budak PC.

Okay ni last. Nih gambar ngan Azraai (junior) ngan Imanatuz kelas B.

Saturday, February 24, 2007

Sheffield bersama Mael

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Kat Sheffield bersama project Mael:

Kere belum dapat dikesan. Nanti buffet makanan India malam nanti dia ada kut.

Allah Maha Mengetahui.

Saturday, February 17, 2007

Gambar CZ kahwin

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Nih gambar CZ kahwin:

Galeri (Bahaya beberapa gambar)

Allah Maha Mengetahui.

Friday, February 16, 2007

Bersama Stew sedap Ihsanuddin!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Nih gambar makan stew Ihsang yang sedap gila!!!!!


Turut dalam gambar adalah Jasfiq dari Luebeck.

Allah Maha Mengetahui.