Friday, May 23, 2008

bacaan tambahan

Tempoh hari aku ada berjanji dengan saudara serih nak tulis entri di sini. Entri yang aku tak sanggup nak tulis dalam blog aku, tapi aku rasa nak berkongsi dengan kalian.


Baru-baru ini, aku baca (belek-belek sebenarnya) buku Alam Pantun Melayu Studies on the Malay Pantun oleh Francois-Rene Daillie. Buku ini terbitan Dewan Bahasa Pustaka dalam Bahasa Inggeris. Dalamnya ada banyak pantun-pantun lama. Antaranya:


Tanam padi di bukit Jeram
Tanam keduduk atas batu,
Macam mana hati tak geram
Menengok t**** menolak baju?


Pantun di atas mungkin versi awal gurauan jejaka pada si gadis macam saudara Roy dan rakan-rakannya mengurat bakal guru mereka di perhentian bas (Gila-gila Remaja). Bagi yang masih solo, kalian mungkin patut mencuba menggunakan pantun berkenaan dalam mencari pasangan.


nota kaki :- maaf kerana contoh di atas bukanlah contoh yang terkini. Aku dah lama tak tengok filem melayu. Sejujurnya aku dah lama tak tengok filem, bukan filem melayu sahaja.

1 comment:

Penanam Sayur said...

xde post baru ke prebet lo ni boh?