Thursday, May 31, 2007

MARA lah, bukan Mara.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Artikel nih Jasfiq tunjukkan kat aku. Nih aku copy paste kat Prebet sebab Berita Harian tak simpan lama artikel kat internet. Bangga giler member aku masuk paper.



Bekas pelajar Mara digesa jangan mudah lupa diri

Oleh Mohd Azis Ngah

Kejayaan dalam pendidikan, kerjaya perlu dimanfaatkan untuk negara


KUALA LUMPUR: Bekas pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) diingatkan tidak mudah lupa diri selepas berjaya dalam pengajian dan mendapat pekerjaan, sebaliknya perlu menyumbang kepakaran kepada pembangunan negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pelajar Mara hasil dasar membantu Bumiputera yang diamalkan kerajaan sejak sekian lama.

Sehubungan itu, katanya, mereka jangan mudah lupa asal usul serta jasa kerajaan membantu mereka dalam bidang pengajian di luar dan dalam negara.

“Mereka kena sumbangkan sesuatu kepada negara, inilah masanya untuk membalas jasa kepada negara kerana kerajaan sudah banyak melabur demi masa depan generasi muda,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Tajaan Mara 2007, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam tadi.

Turut hadir, Setiausaha Parlimen Kementerian, Datuk Samsu Baharum Ab Rahman; Pengerusi Mara, Brig Jen Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin dan Ketua Pengarah Mara, Datuk Nam Marthinin.

Mohamed Khaled turut menyampaikan sumbangan kepada 149 daripada 190 pelajar yang mendapat anugerah pelajar cemerlang.

Daripada jumlah itu, 76 mengikuti pengajian di luar negara, Institusi Pendidikan Mara (24 orang), institut pengajian tinggi swasta (IPTS) (90 orang) dan bakinya di IPT awam (IPTA).

Mohd Hafiz Ab Hamid, pelajar jurusan Sains Aktuari dari Universiti Purdue, Amerika Syarikat dipilih pelajar terbaik keseluruhan selepas mencatatkan keputusan CGPA 4.0.

Sementara itu, mengulas tindakan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengarahkan perkhidmatan van di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dihentikan serta-merta kerana tiada permit, katanya, LPKP dan pengurusan kompleks itu perlu mencari pendekatan sesuai menangani isu kekurangan pengangkutan awam di kompleks itu.

“Ia termasuk mengkaji keperluan menggunakan perkhidmatan van shuttle dan kesannya terhadap sistem pengangkutan lain terutama teksi dan bas RapidKL,” katanya.

Beliau berkata, ia perlu dikaji secara menyeluruh kerana pihaknya ada menerima aduan mengenai kekurangan perkhidmatan awam di situ.

Katanya, jika LPKP membenarkan van shuttle beroperasi di kawasan kompleks, agensi itu perlu melihat kesannya terhadap nasib pemandu teksi dan perkhidmatan lain.


Allah Maha Mengetahui.

Monday, May 21, 2007

Kahwinnya seorang Ammar

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Aku harituh ada berbual ngan rakan aku. Katanya Ammar kelas Ammar dah kahwin. Wah, baguslah Ammar dah kahwin! Tapi tadi aku baru lepas pergi www.mrsmpc9900.com aku nampak Ammar ada tulis nih:

akum guys.. Insyallah aku kawin 26 mei 2007 kat JB. suma membe jemput la dtg. anta alamat ke no. 017 775 1490 k. doa2 la skit. dtg jgn tgn kosong lak, aku halau je. heh. thanks guy. Btw tunang aku Nadia Zulkefly Tan,umo 3 taun muda, keje kat sime darby P.Gudang ngan aku gak


Aku tengah tulis entri nih hari Isnin, 21 Mei 2007. Jadi, Ammar tak kahwin lah lagi kan? Maka dengan itu, sempatlah kita semua untuk menghadiri majlis perkahwinan Ammar. Marilah kawan-kawan kita menghadiri majlis perkahwinan Ammar dan bergambar bersama pengantin. Bolehlah gambar itu dikongsi bersama rakan-rakan kita semua.

Allah SWT Maha Mengetahui.

Tuesday, May 01, 2007

Noor Adnin nak kahwin.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Pada menjelang 31.5.2007 ini, Noor Adnin Ab Aziz (Jahiz) akan kahwin. Beliau sedang menghantar jemputan kahwin kepada rakan-rakan beliau tetapi maklumlah di zaman dunia yang penuh kesibukan ini, mungkin ada rakan-rakan beliau yang tidak mudah dihubungi akibat ketiadaan maklumat perhubungan. Maka dengan itu, bagi mereka yang ingin menghadiri majlis perkahwinan Noor Adnin Ab Aziz, silalah menghubungi beliau untuk mendapatkan jemputan rasmi dari beliau.

Sekian, harap maklum.

Allah SWT Maha Mengetahui.

Friday, March 02, 2007

Nuremberg bersama budak PC.

Okay ni last. Nih gambar ngan Azraai (junior) ngan Imanatuz kelas B.

Saturday, February 24, 2007

Sheffield bersama Mael

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Kat Sheffield bersama project Mael:

Kere belum dapat dikesan. Nanti buffet makanan India malam nanti dia ada kut.

Allah Maha Mengetahui.

Saturday, February 17, 2007

Gambar CZ kahwin

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Nih gambar CZ kahwin:

Galeri (Bahaya beberapa gambar)

Allah Maha Mengetahui.

Friday, February 16, 2007

Bersama Stew sedap Ihsanuddin!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Nih gambar makan stew Ihsang yang sedap gila!!!!!


Turut dalam gambar adalah Jasfiq dari Luebeck.

Allah Maha Mengetahui.

Wednesday, February 14, 2007

Budak PC kat Manchester

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Letih satu hari pergi City of Manchester Stadium angkat jersey home and away, bebudak PC kat Manchester gi tibai kari buffet seround metta.


Alhamdulillah. Kenyang metta.

Allah Maha Mengetahui.

Monday, February 12, 2007

for muslims..fatwa kebangsaan..fatwa dah ni

Assalamualaikum

ni antara yg mampu aku buat..bende dh nyata..baca ayat ni btoi2..Perayaan itu mempunyai amalan yang mendorong ke arah maksiat dan bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak-->jgn main2 perkara akidah..

artikel penuh
KUALA LUMPUR: Remaja Islam dinasihatkan tidak terpengaruh dengan pelbagai promosi bagi meraikan Hari Kekasih atau ‘Valentine’s Day’ kerana ia bercanggah dengan ajaran agama, sekali gus menjurus kepada perbuatan tidak bermoral.

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainol Abidin, berkata tradisi itu tidak patut diraikan
umat Islam kerana ia perbuatan yang tidak diizinkan syarak dan jika tidak dihalang, ia boleh memesongkan akidah serta menyumbang kepada gejala sosial.

“Perkara itu terbukti kerana pada Hari Kekasih, ramai pasangan mengambil kesempatan keluar berdua-duaan, ada yang turut melakukan hubungan seksdan ia
jelas menyimpang daripada landasan agama,” katanya diminta mengulas mengenai keghairahan umat Islam yang ingin menyambut Hari Kekasih pada Rabu ini.

“Oleh itu, pelbagai pihak terutama badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) yang
bertanggungjawab dalam soal agama perlu bekerjasama dengan media bagi
menggerakkan kempen kesedaran kepada orang ramai mengenai hukum menyambut
Hari Kekasih,” katanya.

Sementara itu, Mufti Johor, Datuk Noh Gadut berkata muzakarah Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang
bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 lalu bersetuju memutuskan bahawa
amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan agama Islam.

“Perayaan itu mempunyai unsur Kristian dan mempunyai amalan yang mendorong ke
arah maksiat dan bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak,” katanya.

Sunday, February 04, 2007

jangan tidoq

Tidur waktu khutbah

Bersama: DR. AMRAN KASIMIN
SOALAN: SAYA seorang pegawai kanan kerajaan yang begitu sibuk. Biasanya datang ke masjid untuk sembahyang Jumaat ketika imam telah mula membaca khutbah. Masalah saya ialah, boleh dikatakan setiap kali khutbah dibaca, saya akan tidur, sehingga tidak dapat mendengar sebahagian besar khutbah yang dibaca. Bagaimana saya dapat mengatasi masalah yang berlarutan ini?

JAWAPAN: Perlu disematkan dalam pemikiran bahawa datang ke masjid lebih awal itu adalah paling utama. Lebih besar pahalanya berbanding mereka yang datang lambat, itulah ganjaran yang akan diberi, menurut janji Allah. Itulah rangsangan membolehkan seseorang itu datang lebih awal ke masjid. Sibuk, tidak boleh dijadikan alasan. Kalau ianya hendak dijadikan alasan, maka seseorang itu akan datang ke masjid lambat, ketika imam mula membaca khutbah.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi junub, kemudian pergi pada waktu pagi ke tempat sembahyang Jumaat, maka pahalanya seperti pahala berkorban seekor unta gemuk, barangsiapa pergi pada waktu kedua, pahalanya seperti pahala berkorban seekor lembu, dan barangsiapa pergi pada waktu yang ketiga, maka pahalanya seperti pahala berkorban seekor kibas yang bertanduk, manakala orang yang pergi pada waktu keempat, maka pahalanya seolah seperti ia berkorban seekor ayam dan mereka yang pergi pada waktu kelima pahalanya seolah-olah ia berkorban sebiji telur. Apabila Imam telah datang, maka hadirlah semua malaikat untuk mendengar khutbah.

Imam Syafie, juga beberapa ulama lain menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan kalimah ‘‘as-sa ah’’ yang tersebut dalam hadis ini ialah waktu siang. Kerana itu menurut mereka, sunat pergi ke masjid sejak daripada waktu terbit fajar lagi. Imam Malik pula berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan kalimah ini ialah bahagian-bahagian daripada waktu, sekira-kira sejam sebelum matahari tergelincir.

Al-Qamah menyatakan bahawa pada satu ketika ia bersama Abdullah bin Masud ke masjid. Didapati ada tiga orang yang datang terlebih dahulu. Abdullah menyatakan bahawa dia adalah orang yang keempat, orang yang keempat itu tidak jauh daripada Allah s.w.t.

Ia menyatakan bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya pada hari kiamat kelak manusia duduk menurut urutan kecepatan mereka ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat, iaitu yang pertama, kedua, ketiga dan keempat, sedangkan yang datang pada waktu yang keempat itu tidaklah jauh daripada sisi Allah s.w.t.

Pada setiap Jumaat, Allah mengutuskan malaikat turun ke bumi untuk mencatat nama mereka yang ke masjid, kemudian malaikat-malaikat itu naik ke langit, menyembahkan catatan di bumi. Allah mengampunkan dosa-dosa mereka yag datang ke masjid.

Dalam hadis lain pula menyebut: Apabila datang hari Jumaat, Allah Taala mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka ada kalam-kalam emas dan kertas daripada perak. Mereka berdiri di pintu-pintu masjid dan menulis nama mereka yang masuk masjid dan bersembahyang Jumaat. Apabila sempurna sembahyang, mereka semua naik ke langit dan berkata: Wahai Tuhan kami, kami telah tulis nama mereka yang masuk masjid dan bersembahyang Jumaat. Allah Taala menjawab: Wahai malaikat-Ku, demi keagungan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampuni mereka dan mereka sudah tidak berdosa sedikitpun.

Dalam sebuah hadis lain dinyatakan bahawa para malaikat mencari orang yang terkemudian daripada waktunya pada hari Jumaat. Mereka bertanya sesama sendiri, ‘‘Apakah yang dikerjakan oleh orang yang berkenaan. Apakah yang menyebabkan orang yang berkenaan terlambat datang? Maka berdoalah para malaikat, Ya, Allah, ya Tuhanku, sekiranya orang itu terkemudian kerana miskin, maka kayakanlah dia. Kalau kerana sakit, maka sembuhkanlah dia, kalau kerana sibuk, maka berikan kelapangan waktu untuk beribadat. Kalau kerana bermain-main, maka hadapkanlah hatinya untuk mentaati-Mu.

Sembahyang Jumaat dilakukan ketika tengah hari, di mana pada kebiasaannya ketika itu cuaca panas. Ia juga dilakukan setelah setiap orang penat bekerja di sepanjang pagi sama ada petani, pekerja di pejabat atau di tempat lain. Masa tersebut berlaku serentak ketika tubuh seseorang itu perlu rehat. Kerana itu, kemungkinan seseorang itu mengantuk ketika di masjid adalah terlalu besar. Hal demikian menjadi lebih buruk sekiranya seseorang itu terlebih makan tengah hari.

Kerana itu dalam menangani masalah seperti ini, orang yang menghadapi masalah mengantuk ketika masjid semasa menunggu waktu sembahyang Jumaat dinasihatkan jangan makan terlalu banyak, makan sekadar keperluan atau makanan ringan-ringan sahaja.

Bagi yang tidak berupaya mengelakkan diri daripada tertidur, mungkin tidur sekejap, lima minit misalnya untuk mengembalikan kesegaran. Walaupun demikian tidak semua orang berpeluang berbuat demikian.

Cara lain ialah jangan memejamkan mata ketika berzikir, kerana ia boleh menyebabkan seseorang itu mengantuk sedikit demi sedikit dan akhirnya terlena. Sekiranya hal ini tidak dapat dielakkan, tukar ibadah zikir itu dalam bentuk membaca al-Quran.

Di antara surah yang perlu dibaca ialah surah al-Kahf. Allah mengampunkan dosa mereka yang membaca surah tersebut sehingga dua Jumaat. Hal demikian dijelaskan dalam sebuah hadis yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat, maka memancarlah cahaya dari bawah tapak kakinya hingga ke puncak langit. Cahaya itu terus menyinarinya pada hari kiamat dan diampunkan untuknya antara dua Jumaat.

Menurut sebuah hadis lain, Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah al-Kahf di malam Jumaat dan di siang Jumaat, Allah s.w.t. akan mengampuni dosa-dosanya hinggalah ke Jumaat yang lain dan memohon kesejahteraan baginya tujuh puluh ribu malaikat sehingga pagi dan ia dipelihara daripada penyakit sopak, sakit kusta dan fitnah dajal.

Rasulullah juga ada bersabda yang bermaksud: Barangsiapa menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahf, dia terpelihara daripada fitnah dajal.

Hadis ini bukan bermaksud bahawa dengan penghafalan semata-mata seseorang itu akan terselamat daripada fitnah dajal, tetapi yang dihafal itu hendaklah difahami maksudnya serta diamalkan.

Kita juga perlu ingat bahawa iblis dan syaitan itu sentiasa mengganggu dan menggoda manusia yang beriman, terutamanya ketika berusaha untuk beribadah, menghampirkan diri kepada Allah. Kerana itu setiap orang hendaklah menyerah diri kepada Allah, berusaha, bertawakal kemudian baru berdoa memohon perlindungan kepada Allah.

Rasulullah menyuruh setiap orang yang hendak membaca al-Quran memohon perlindungan kepada Allah agar terselamat daripada tipu daya dan gangguan iblis dan syaitan.

Selain kaedah di atas, seseorang itu disunatkan pindah daripada tempat duduknya sekiranya ia berasa mengantuk. Hadis daripada Ibn Umar menyatakan bahawa Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Apabila salah seorang di antara kami mengantuk di masjid, maka dia hendaklah berpindah daripada tempat duduknya ke tempat lain.

Tidak dapat dinafikan bahawa peranan khatib amat besar dalam mempengaruhi pengamatan makmum yang ada di dalam masjid. Sesetengah daripada khatib terdiri daripada mereka yang tidak berupaya melahirkan rangsangan para jemaah untuk memberi tumpuan kerana suara yang rendah, sistem pembesar suara tidak baik, kandungan khutbah terlalu longgar, termasuk khutbah yang tidak sesuai dan lapuk. Termasuk dalam kecacatan membaca khutbah ialah tersasul, berulang kali ketika membaca dan kesilapan baris pada ayat-ayat al-Quran dan hadis. Kecacatan seperti ini mesti diperbaiki kerana khatib berhadapan dengan manusia yang ramai.

Sesungguhnya, sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Bererti bahawa sekiranya seseorang itu sah sembahyangnya, iaitu apabila sempurna segala syarat yang wajib dan rukun-rukunnya dan diterima sembahyangnya oleh Allah maka orang yang berkenaan tidak akan melakukan kejahatan dan kemungkaran.

Iblis pula bersumpah akan menyesatkan manusia, menyebabkan manusia menganggap perkara yang baik itu buruk dan yang jahat itu baik lagi menyeronokkan. Atas pemahaman seperti inilah maka iblis dan syaitan akan menghalang manusia daripada mendirikan sembahyang, supaya manusia menjadi tidak sah sembahyangnya, tidak khusyuk ketika sembahyang, termasuk mengganggu manusia ketika mendengar khutbah, menyebabkan tertidur, tidak mendengar, atau tidak faham khutbah yang dibaca oleh imam.

Hal demikian akan lebih mudah dilakukan oleh iblis dan syaitan ketika berhadapan dengan manusia makmum seperti saudara, yang sentiasa sibuk. Yang dibawa ke masjid ialah kepenatan atau keletihan menjadikan waktu khutbah itu menjadi waktu terlena.

Friday, January 19, 2007

Kemaskini tahun lepas.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Sempena tahun baru Sabtu ni, ni apa yang budak PC tahun kita dah buat sepanjang tahun lepas (yang aku tahu):

JD kahwin (sebenarnya nih benda 2 tahun lepas, tapi aku nak gak tulis).
Link: entri prebet.

Pok Ro kahwin.
Link: entri prebet.

Harith ngan Ami kahwin.
Link: gambar jurugambar pro 1, 2, 3.

Khalil kahwin.
Link: galeri Flickr Serih.

Adila ngan Razman kahwin.
Link: galeri Adila.

Che Nor Shazana (kelas Hambali) kahwin.
Link: galeri Neeza 1, 2.

Hazwan kelas A kahwin.
Syuriatie kelas K kahwin.
Nik Syakira kahwin.

Beranak:
Pok Ro cakap, insyaAllah, bulan 7.2007 dia dapat anak.

Hal-hal lain:
Mislan accident, lalu koma tapi sekarang dah sedar balik dan dah belajar balik.
Adzwan alhamdulillah sihat. Dia masih kena gi check-up dari masa ke semasa tapi buat masa nih dia dah sihat.

Kumpulan:
Serih ada group PC9900 kat Friendster.

Suhaimi ada buat website PC.

Itu je la kut kemaskini tahun lepas.

Allah SWT Maha Mengetahui.

Sunday, January 14, 2007

for engineers

pesanan yusuf qardhawi utk kawan2 jurutera

Saturday, January 13, 2007

Becks going to Hollywood

I have always been a big fan of this dude since the days when he wore number 24 at Man Utd, before numbers 10 and 7. I really adore him, not because he's handsome or whuteva but admire him as a footballer. His trademark freekicks made him an idol to teenage boys including me.

I have been practising the "Bend it like Beckham" method many times. Doing an in-swinger is not what I meant as I learned to do that in high school. That's freaking easy. Even Suriani Kempe (Midwest 2006's MVP) can do that. To me, that phrase means more than just a ball that doesn't move on a straight pattern. It is making the perfect freekick every single time.

Before I tried the "Beck way"(this phrase sounds so damn gay), I could never attack the goal with power coz every time I take a freekick, the freaking ball blasts above the crossbar. I realized that when Becks takes a freekick, he will raise his left arm and bend his body about 30 degrees to the left. I guess the reason he does that is to control the height of the ball or whuteva. Anyhew, I tried doing the same thing and it worked. My balls were swinging and they were hitting the target. HAHAHA that sounded really gay.

Anyways, enough about me, recently Becks signed a 5 year $250 mil contract with LA Galaxy (LA whuuutt????) after talks with his current club broke down. I knew Becks has always an eye for money back in the day when he was demanding 120,000 pounds a week at Man Utd, but this time around it is so fucking obvious. Why would a great footballer like him choose to go to a mediocre soccer league. Well, first of all $250 mil is a big amount of money. You'd have to be retarded to turn that down.

The second reason would be .. well players like Becks like to be worshipped and idolized. But when they reach middle age and their form start to hit the floor, they will end up on the bench which to these footballers is unacceptable. In their minds they are still the World Footballer of the Year, those who are feared by defenders or perhaps a better way of saying it "Nobody else is better than them".

But the second they are not on the starting 11, they will make this shocking moves to other clubs. The same goes with Luis Figo, former FIFA Player of the Year, moved to Al Ittihad in Saudi Arabia. Maybe he wants to join Al Qaeda who knows but there are many clubs that still desire his mastery. Bolton would be a good destination. Bolton seemed to be a good place for recycling quality footballers (Djorkaeff, Okocha..etc). But somehow Figo chose the Middle East. Maybe he thinks that there is a possibility that he can play along side Bin Laden.

Back to Becks. This is such a huge news in the US. Like Hurricane Katrina huge. Not only was he on the front page of the New York Post and NY Times, the CNN and E! Channel even made a feature on him. With his massive amount of talent there is no doubt that he can play in any European club. But why Becks why? Money can never buy you happyness. It can get you hoes, but then you'll lose Posh which is a big mistake coz she has a really fine ass. Daymn.

al-fatihah

assalamualaikum wbt.
dalam minggu lepas, adik kepada seorang sahabat kite kelas K..
saudara ahmad ikram yang sedang menuntut di university of sheffield,
telah mengalami ujian Allah swt.
adik perempuannye berumur 17 tahun telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraye.
al-fatihah kepada almarhumah adik kere.
semoga kere dapat menempuh ujian Allah dengan jalan yang benar.
Aminn..

Tuesday, December 26, 2006

Monday, November 20, 2006

Kemaskini

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Gambar majlis akad nikah Che Nor Shazana(Hambali) ada kat link nih.
Update: Gambar kenduri pun ada kat fotopage Neeza jugak.



Kemaskini perkara-perkara yang berlaku sepanjang bulan lepas:

Adila ngan Razman kahwin. Link galeri gambar belum diberi.

Bebudak kita banyak buat open house, gambar tak upload lagi.

Mintak maaf kalau ada salah dan silap.

Allah SWT Maha Mengetahui.

wassalam.

Saturday, October 14, 2006

ramadhan menuju penghujungnye....

assalamualaikum kengkawan...video ni best...serius x tipu nye...sori aa kalo ada yg dah tengok..



Look into my eyes
Tell me what ya see
U don't see a damn thing
Cuz u can't relate to me

U blinded by our differences
My life makes no sense to u
I'm the persecuted one
U the red, white and blue

Each day u wake in tranquility
No fears to cross your eyes
Each day I wake in gratitude
Thankin' God He let me rise

Ya worry 'bout your education
And the bills u have to pay
I worry 'bout my vulnerable life
And if I'll survive another day

Ya biggest fear is getting a ticket
As ya cruise your Cadillac
My fear is that the tank that's just left
Will turn around and come back

Yet do u know the truth of where ya money goes
Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Has our world gone all blind
Yet do u know the truth of where ya money goes
Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Some one tell me

Oh let's not cry tonight
I promise you one day it's through
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

Oh shine a light for every soul
That ain't with us no more
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

See I've known terror for quite some times
57 years so cruel
Terror breathes the air I breathe
It's the check point on my way to school

Terror is the robbery of my land
And the torture of my mother
The imprisonment of my innocent father
The bullet in my baby brother

The bulldozers and the tanks
The gasses and the guns
The bombs that fall outside my door
All due to your funds

You blame me for defending myself
Against the ways of my enemies
I'm terrorized in my own land
And I'm the terrorist

Yet do u know the truth of where ya money goes
Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Has our world gone all blind
Yet do u know the truth of where ya money goes
Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Some one tell me

Oh let's not cry tonight
I promise you one day it's through
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

Oh shine a light for every soul
That ain't with us no more
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

American do ya realize
That the taxes that u pay
Feed the forces that traumatize
My every living day

So if I won't be here tomorrow
It's written in my fate
May the future bring a brighter day
The end of our wait

Oh let's not cry tonight
I promise you one day it's through
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

Oh shine a light for every soul
That ain't with us no more
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters



video ust asri(phd dalam hadith) - kepentingan masjid al-aqsa dan palestine

Saturday, September 23, 2006

Lagi gambar kahwin Ami dan Harith.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Nih rangkaian fotopage untuk gambar oleh jurugambar rasmi majlis perkahwinan Harith dan Ami.

Jerantut
Kota Bharu
Kota Bharu lagi




Dalam perkembangan lain, Mislan sekarang dah kat Kuantan. Aku tak telefon dia lagi, tapi dia dah sihat untuk sembang kat telefon dah.



Selamat berpuasa. Kiriman makanan ke Rosenheim adalah amat-amat dialukan.

Wassalam.

Thursday, September 14, 2006

Bola weh...

Setelah dua minggu tak main dan bersempena dengan Matchday 1, marilah kita meramaikan Sports Planet Subang Grand (yang besar/aka Sunway/Gol & Gincu), peta lokasi, pada hari Sabtu ni pukul 5 - 7PM.

Sila konfemkan kehadiran anda dengan membalas SMS aku so that bleh kansel kalo tak cukup orang. Kalau tak dpt SMS tu datang je la ye kalau free.

Forca Barca!

Wednesday, September 13, 2006

Majlis Perkahwinan lagi.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Pesanan dari Adila:

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lg Maha Mengasihani

Kami mewakili keluarga kami, dengan segala hormatnya mempersilakan, saudari dan saudara ke majlis perkahwinan kami ..

Adila binti A. Hamid
&
Mohd. Razman Mohamad Rawi

pada hari Sabtu, 28 Oktober 2006
(5 Syawal, 1427 Hijrah)
11.00 pg - 4.30 ptg

di Johor Bahru

dan

Majlis kesyukuran (pihak lelaki),
Sabtu, 4 November 2006 (12 Syawal 1427 )
1.00 tgh - 8 mlm

di Tumpat, Kelantan

Semoga kehadiran saudari dan saudara akan menyerikan majlis kami dan mendapat keberkatan serta keredhaanNya, InsyaALLAH

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak...

Terima kasih.. =)

Dila
Razman

Wassalam.

Ps: untuk mendapatkan no telefon pasangan serta alamat lokasi majlis, sila hubungi pasangan melalui telefon, perkhidmatan pesanan ringkas, atau Friendster.