Artikel nih Jasfiq tunjukkan kat aku. Nih aku copy paste kat Prebet sebab Berita Harian tak simpan lama artikel kat internet. Bangga giler member aku masuk paper.
Bekas pelajar Mara digesa jangan mudah lupa diri
Oleh Mohd Azis Ngah
Kejayaan dalam pendidikan, kerjaya perlu dimanfaatkan untuk negara

KUALA LUMPUR: Bekas pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) diingatkan tidak mudah lupa diri selepas berjaya dalam pengajian dan mendapat pekerjaan, sebaliknya perlu menyumbang kepakaran kepada pembangunan negara.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pelajar Mara hasil dasar membantu Bumiputera yang diamalkan kerajaan sejak sekian lama.
Sehubungan itu, katanya, mereka jangan mudah lupa asal usul serta jasa kerajaan membantu mereka dalam bidang pengajian di luar dan dalam negara.
“Mereka kena sumbangkan sesuatu kepada negara, inilah masanya untuk membalas jasa kepada negara kerana kerajaan sudah banyak melabur demi masa depan generasi muda,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Tajaan Mara 2007, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam tadi.
Turut hadir, Setiausaha Parlimen Kementerian, Datuk Samsu Baharum Ab Rahman; Pengerusi Mara, Brig Jen Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin dan Ketua Pengarah Mara, Datuk Nam Marthinin.
Mohamed Khaled turut menyampaikan sumbangan kepada 149 daripada 190 pelajar yang mendapat anugerah pelajar cemerlang.
Daripada jumlah itu, 76 mengikuti pengajian di luar negara, Institusi Pendidikan Mara (24 orang), institut pengajian tinggi swasta (IPTS) (90 orang) dan bakinya di IPT awam (IPTA).
Mohd Hafiz Ab Hamid, pelajar jurusan Sains Aktuari dari Universiti Purdue, Amerika Syarikat dipilih pelajar terbaik keseluruhan selepas mencatatkan keputusan CGPA 4.0.
Sementara itu, mengulas tindakan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengarahkan perkhidmatan van di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dihentikan serta-merta kerana tiada permit, katanya, LPKP dan pengurusan kompleks itu perlu mencari pendekatan sesuai menangani isu kekurangan pengangkutan awam di kompleks itu.
“Ia termasuk mengkaji keperluan menggunakan perkhidmatan van shuttle dan kesannya terhadap sistem pengangkutan lain terutama teksi dan bas RapidKL,” katanya.
Beliau berkata, ia perlu dikaji secara menyeluruh kerana pihaknya ada menerima aduan mengenai kekurangan perkhidmatan awam di situ.
Katanya, jika LPKP membenarkan van shuttle beroperasi di kawasan kompleks, agensi itu perlu melihat kesannya terhadap nasib pemandu teksi dan perkhidmatan lain.
Allah Maha Mengetahui.
6 comments:
u the man apih... u the man...
aku time baca berita harian ari tu tergezot gak aa..respek2...dak pc kuar suratkhabar ni...maju2..
tergezot?
nama aku pun pernah kuar suratkhabar dulu jeghi. kat classified, aku jual barang. siap no tpon aku skali kuar.
ko mmg cheap dow..fakta ni.
erm..dulu bkn ke dak ni cerah skit?
lame sial ko nih serih,gimme a better one.
Post a Comment